Friday, 16 December 2011

Era Emas BolaSepak Malaysia

Siapa yang tidak gembira apabila Harimau Muda menewaskan Garuda Muda pada perlawanan akhir di Sukan SEA baru-baru ini. Lebih-lebih lagi kejayaan tersebut dilakar di laman pihak lawan iaitu stadium keramat mereka Gelora Bung Karno. Malaysia menang kali pertama pada peringkat kumpulan dan ditakdirkan bertemu kembali dengan sang garuda di final dan akhirnya Malaysia juara pada saingan tersebut. Ini menunjukkan bahawa Harimau Malaya sedang meniti era keemasan mereka sekarang seperti yang dialami oleh Harimau Malaya pada zaman 70an dan 80an semasa kita layak ke Olimpik. Tiada siapa lagi boleh mempersoalkan kemampuan Harimau Malaya ketika ini apabila mereka menumbangkan lawan mereka satu-persatu. Pemain-pemain Malaysia juga ada yang diburu oleh kelab luar dari sekitar Asean terutamanya dari Indonesia dan kita ada seorang yang mewakili kelab Pelita Jaya iaitu Safee Sali dan ramai lagi yang diburu oleh kelab dari seberang itu. Tetapi walaupun kita telah tewas dalam perebutan tempat di Sukan Olimpik baru-baru ini tapi peningkatan yang ditunjukkan adalah sesuatu yang membanggakan dan kita harus sedar kita masih belum layak untuk menandingi pasukan-pasukan gergasi dunia yang lain. Kita harus mencontohi pasukan seperti Jepun dan Korea Selatan, kedua-dua pasukan ini dahulunya adalah sama taraf dengan Malaysia tetapi kematangan pemain mereka dari segi mental membuatkan mereka terbang lebih tinggi ke peringkat dunia. Semoga pasukan Harimau Malaya lebih melakar kejayaan selepas ini dan seterusnya bersaing di peringkat antasabangsa.

Wednesday, 26 October 2011

Manchester United akhirnya tewas!!

Baru sahaja Manchester United membelasah Arsenal dengan jaringan 8-2 dan kali ini mereka pula dilanda badai amukan pasukan jiran setempat iaitu Manchester City dengan jaringan 6-1. ini merupakan kekalahan pertama yang memalukan buat Sir Alex Ferguson apatah lagi di laman sendiri iaitu Old Trafford. Pada perlawanan tersebut United di awal permainan tampak bermain lebih tersusun dan mengekang kemas setiap serangan City. namun selepas 30 minit perlawanan semuanya kelihatan berubah, percaturan pengendali Manchester City nampaknya menjadi, mereka menyerang pertahanan United dengan bertubi2 dan akhirnya menjaringkan gol oleh Balotelli.

Apa yang ketara pada pertembungan ini memperlihatkan betapa Sir Alex Ferguson membuat percaturan yang lemah dalam menurunkan senarai pemain. beliau seakan-akan yakin 100% yang pemain yang dipilihnya boleh mengalahkan senarai pemain City yang memang hebat. Bahagian tengah City yang diketuai oleh David Da Silva tampak begitu berkesan mengucar kacirkan pertahanan United. Manchester City memang layak memenangi perlawanan tersebut. Tahniah city.

Tuesday, 13 September 2011

Red Devils benam The Gunners 8-2

Pertemuan Manchester United dengan Arsenal memang dinanti-nantikan oleh semua peminat kedua-dua kelab tersebut dan pertemuan tersebut telah berlaku pada perlawanan yang lepas dimana Manchester United membenam@membelasah Arsenal dengan jaringan yang besar iaitu 8-2. Sesungguhnya peminat Arsenal amat kecewa apabila kelab kesayangan mereka itu tewas dengan jaringan yang begitu besar dan dari lawan tradisi mereka. Kekalahan Arsenal tersebut bolehlah dikatakan adalah salah pengurus mereka iaitu Arsene Wenger dan banyak peminat mula mengecam pengurus tersebut yang pada dulunya menyanjungi beliau.

 Strategi dan falsafah yang digunakan oleh Arsene Wenger tidak lagi terpakai buktinya mereka tidak pernah memenangi sebarang piala sejak lima tahun yang lalu. Akibatnya Arsenal kehilangan pemain terbaik mereka seperti Gael Clichy, Cesc Farbregas dan Samir Nasri. Manchester United pula membuktikan yang mereka akan mempertahankan mahkota liga lagi pada musim ini dengan kemenagan bergaya tersebut. Pengurus mereka Sir Alex Ferguson bijak mengatur strategi dalam menurunkan pemain dan beliau juga membuktikan beliau tidak perlu berbelanja besar untuk mencipta kemenangan.

Pada pertemuan itu juga menampakkan kepincangan bahagian pertahanan Arsenal yang senang dirobek oleh jentera serangan Red Devils yang diketuai oleh Wayne Rooney dan Danny Welbeck. Kebanyakan pemain pertahanan Arsenal adalah pemain muda dan kurang pengalaman seperti Jekinson yang akhirnya dilayangkan kad merah kerana mengasari Javier Hernandez. Pemain sayap baru Manchester United pula iaitu Ashley Young begitu menyerlah pada perlawanan tersebut, beliau memainkan peranan penting dalam mengucarkacirkan benteng pertahanan Arsenal dan Young berhasil menjaringkan 2 gol untuk United pada perlawanan tersebut. 

Saturday, 18 June 2011

Siapa pemain baru Manchester United?

Manchester United baru sahaja dinobatkan sebagai juara Liga Barclays bagi musim 10/11 dan ini merupakan kejuaraan yang ke-19 yang dimenangi oleh mereka. Ini adalah rekod baru yang dicipta oleh The Red Devils dimana telah memecahkan rekod Liverpool yang paling banyak memenangi Piala Liga. Sungguhpun begitu Manchester Utd tewas dalam perlawanan akhir Liga Juara Eropah kepada sekali lagi iaitu Barcelona. Sir Alex Ferguson begitu binggung menghadapi anak buah Pep Guardiola dalam perlawanan tersebut. Jentera serangan yang diketuai oleh Lionel Messi dan David Villa kerap mengucarkacirkan pertahanan United. Sistem permainan yang ditunjukkan oleh Barcelona sungguh menggagumkan dan boleh dikatakan mereka adalah pasukan yang paling mantap dan konsisten sekali di Eropah dan juga dunia.

Pada ketika ini Sir Alex Ferguson sudah pun menconggak pemain-pemain yang akan beraksi untuk United bagi musim depan. Banyak spekulasi tentang siapa yang ada dibawa masuk dan juga dibawa keluar. Pemain yang dijangka akan angkat kaki dari United ialah Dimitar Berbatov dan merupakan penjaring terbanyak musim lalu disamping Carlos Tevez. Walaupun menjadi penjaring terbanyak liga pada musim lalu, tetapi Berbatov jarang menjadi favourite Fergie dalam kesebelasan utama beliau dan lebih gemar menurunkan Chicharito untuk digandingkan dengan Rooney. Ada yang mengatakan Dimitar Berbatov akan pulang ke pangkuan Totentham Hotspurs namun Berba menegaskan beliau tidak akan kemana-mana dan akan berjuang untuk tempatnya di skuad United.

Satu lagi nama besar yang dijangka akan menyertai Manchester United untuk musim depan ialah Samir Nasri iaitu midfielder Arsenal. Nasri belum menetapkan yang beliau akan ke United tetapi akan melihat jika ada minat yang tinggi dari pasukan United dan mereka serius untuk mendapatkan khidmatnya. Jika Nasri berjaya diikat oleh United maka ini akan menyelesaikan kekosongan yang ditinggalkan oleh Paul Scholes yang telahpun menggumumkan persaraan beliau baru-baru ini. Corak permainan Samir Nasri ketika di Arsenal cukup mengagumkan dan beliau boleh menjaringkan gol dari sudut yang sukar.

Alexis Sanches

Samir Nasri

Wesley Sneidjer
Selain Nasri, nama-nama lain yang kini hangat diburu oleh Manchester United ialah Alexis Sanchez yang kini bermain untuk kelab Udinese di Italy. Beliau dikatakan Ronaldo baru kerana corak permainan yang hampir sama dengan bintang Real Madrid itu. Akan tetapi Sanchez juga menjadi perhatian Manchester City yang kini sibuk membida dan memujuk pemain tersebut. Wesley Sneider juga sedang diburu oleh United tetapi pemain antarabangsa Belanda tersebut belum memutuskan untuk meninggalkan Inter Milan walaupun pengurus kelab tersebut iaitu Leonanrdo telah dipecat.

Monday, 21 March 2011

Cristiano Ronaldo VS Lionel Messi : Who is Better?






LIONEL MESSI
Larian         : 7/10
Tendangan  : 7/10
Gelecek      : 9/10
Tandukan   : 7/10
Hantaran     : 8/10







CRISTIANO RONALDO
Larian        : 9/10
Tendangan : 9/10
Gelecek     : 8/10
Tandukan   : 8/10
Hantaran    : 7/10














Kedua-dua player ini memang hebat di padang bola dan tidak dinafikan keupayaan mereka. Kedua-duanya mempunyai skill yang hebat yang sukar didapati dikalangan player bola yang lain. Messi walaupun berbadan kecil tetapi berkebolehan menembusi pihak pertahanan lawan, dan ada yang mengatakan beliau adalah Maradona baru. C Ronaldo pula beliau mempunyai segalanya, iaitu skill, larian pantas dan skill mengelecek yang pantas dan beliau ketika ini adalah pemegang player bola yang termahal di dunia.

Sunday, 27 February 2011

Manchester United perlu beli HULK untuk tajamkan serangan.

Givanildo Vieira de Souza...hmm siapakah dia? dialah striker yang mewakili kelab Porto FC di Portugal. Hulk  yang berasal dari brazil bermain di posisi winger dan serangan mempunyai permainan yang sungguh menakjubkan. Pada ketika ini Hulk merupakan aset kepada kelabnya dan sentiasa memberikan masalah kepada pertahanan lawan.

Manchester United yang pada ini yang hanya bergantung kepada Wayne Rooney, Berbatov dan Chicharito untuk menjaringkan gol memerlukan seorang lagi striker yang boleh diharapkan. Oleh itu Sir Alex Ferguson perlu menimbangkan untuk membeli Hulk sebagai striker terbaru di Old Trafford. Hulk akan dapat bergandingan dengan baik bersama Rooney ataupun Chicharito 

Fernando Torres Ke Chelsea!!!

Fernando Torres telah berpindah ke kelab Chelsea...itulah berita sensasi terbaru dalam pasaran perpindahan bola sepak inggeris awal Januari 2011. Sudah pasti banyak peminat Liverpool kecewa dengan hero mereka yang telah berpaling tadah kepada musuh utama mereka di BPL. Pemain antarabangsa Sepanyol itu telah menandatangani kontrak selama lima tahun bersama the Blues. 

Menariknya Chelsea membeli Torres ketika menjelangnya pertemuan menentang Liverpool. Dalam pertemuan dua kelab gergasi BPL itu Chelsea telah menurukan Torres di awal perlawanan. Torres gagal menyerlah dalam aksi sulungnya bersama The Blues walaupun memiliki beberapa peluang untuk menjaringkan gol. Peminat Blues merasa kecewa Torres tidak menjaringkan gol menentang bekas kelabnya malah Blues kalah dalam perlawanan tersebut akibat gol dari Mirelies.


Fernando Torres kini merupakan pemain keempat termahal di dunia bola sepak di belakang Cristiano Ronaldo, Zlatan Ibrahimovic dan Kaka.

Tuesday, 22 February 2011

Ronaldo Brazil bersara!!!

Pada 14 Febuari 2011 kita telah dikejutkan dengan pengumuman persaraan oleh seorang bintang bola sepak yang boleh dikira legendla oleh semua peminat bola di seluruh dunia iaitu Ronaldo Luiz Nazario De Lima ataupun dikenala sebagai "The Phenomenon". Semua orang tahu siapa dia Ronaldo walaupun ada  seorang lagi bintang bola yang bernama Ronaldo juga tetapi Ronaldo Brazil atau Ronaldo Fat ini sangat dikenali terutama di zaman kegemilangannya. Jika di imbas kembali ketika dia masih aktif dalam bola fuh!! memang sangat lincah orangnya...dan setiap pertahanan lawan memang sukar untuk mengekang pergerakannya.

Ronaldo Brazil ni sudah tiga kali memenangi anugerah pemain bola sepak terbaik dunia dan ini boleh sudah membuatkan beliau dianggap sebagai legenda bola sepak brazil. Sumbangannya dalam kempen piala dunia Brazil juga sangat cemerlang dimana beliau telah memenangi piala dunia bersama pasukan Brazil 3 kali dan menjadi penjaring terbanyak dalam pertandingan tersebut dengan sebanyak 15 gol.

Sepanjang kariernya Ronaldo telah mewakili banyak kelab yang mashyur termasuklah Barcelona FC, Real Madrid FC, Inter Milan, AC Milan dan Corinthians. Saya harap dia mewakili Manchester United tapi malangnya Sir Alex Ferguson tidak pulak minat sama dia, tapi tidak apa cukup Cristiano Ronaldo sudah yang mewakili The Red Devils. Good Luck Ronaldo...