Friday, 16 December 2011

Era Emas BolaSepak Malaysia

Siapa yang tidak gembira apabila Harimau Muda menewaskan Garuda Muda pada perlawanan akhir di Sukan SEA baru-baru ini. Lebih-lebih lagi kejayaan tersebut dilakar di laman pihak lawan iaitu stadium keramat mereka Gelora Bung Karno. Malaysia menang kali pertama pada peringkat kumpulan dan ditakdirkan bertemu kembali dengan sang garuda di final dan akhirnya Malaysia juara pada saingan tersebut. Ini menunjukkan bahawa Harimau Malaya sedang meniti era keemasan mereka sekarang seperti yang dialami oleh Harimau Malaya pada zaman 70an dan 80an semasa kita layak ke Olimpik. Tiada siapa lagi boleh mempersoalkan kemampuan Harimau Malaya ketika ini apabila mereka menumbangkan lawan mereka satu-persatu. Pemain-pemain Malaysia juga ada yang diburu oleh kelab luar dari sekitar Asean terutamanya dari Indonesia dan kita ada seorang yang mewakili kelab Pelita Jaya iaitu Safee Sali dan ramai lagi yang diburu oleh kelab dari seberang itu. Tetapi walaupun kita telah tewas dalam perebutan tempat di Sukan Olimpik baru-baru ini tapi peningkatan yang ditunjukkan adalah sesuatu yang membanggakan dan kita harus sedar kita masih belum layak untuk menandingi pasukan-pasukan gergasi dunia yang lain. Kita harus mencontohi pasukan seperti Jepun dan Korea Selatan, kedua-dua pasukan ini dahulunya adalah sama taraf dengan Malaysia tetapi kematangan pemain mereka dari segi mental membuatkan mereka terbang lebih tinggi ke peringkat dunia. Semoga pasukan Harimau Malaya lebih melakar kejayaan selepas ini dan seterusnya bersaing di peringkat antasabangsa.