Dunia Bola Sepak
Mengupas isu tentang bola sepak tempatan dan dunia.
Friday, 1 February 2013
Clash Of The Titans : Manchester United VS Real Madrid
Para peminat bolasepak pasti tidak sabar untuk menyaksikan pertembungan antara dua pasukan paling berjaya di dunia ini iaitu antara Red Devils menentang Los Blancos pada 13.2.2013 ini. Paling dinanti-nantikan adalah kelibat Cristiano Ronaldo yang akan menentang bekas kelabnya ini dan juga pertembungan beliau dengan Wayne Rooney dan Robin Van Persie. Bagi anda
kelab mana yang akan menang? kalau saya tentulah Manchester United hehehe....ramalan saya MU 3 - Real 1...
Lionel Messi menang Ballon d' Or buat kali keempat.
Lionel Messi sekali lagi dinobatkan sebagai pemain terbaik dunia apabila berjaya merangkul Ballon d' Or buat kali keempat yang mengatasi rekod Ronaldo brazil yang pernah memenanginya sebanyak tiga kali.
Tahniah buat Lionel Messi, memang sukar untuk menyangkal kebolehan yang dimiliki oleh beliau walaupun tubuh fizikal beliau agak kecil tetapi mampu menyaingi pemain-pemain lain yang lebih besar.
Thursday, 12 January 2012
Khairul Fahmi diiktiraf sebagai penjaga gol terbaik Asia
Penjaga Gol Kelantan iaitu Khairul Fahmi Che Mat telah dinobatkan sebagai penjaga gol terbaik di Asia di laman Goal.com. pemilihan itu berdasarkan undian yang dibuat oleh laman web tersebut dan majoriti daripada mereka memilih Khairul @ Apek adalah yang terbaik di Asia dan mengalahkan pesaing-pesaing yang lain.Nampaknya nama Khairul Fahmi semankin gagah di persada arena bolasepak antarabangsa dan mungkin selepas ini beliau akan mendapat tawaran bermain di kelab-kelab yang lebih besar.
Friday, 16 December 2011
Era Emas BolaSepak Malaysia
Siapa yang tidak gembira apabila Harimau Muda menewaskan Garuda Muda pada perlawanan akhir di Sukan SEA baru-baru ini. Lebih-lebih lagi kejayaan tersebut dilakar di laman pihak lawan iaitu stadium keramat mereka Gelora Bung Karno. Malaysia menang kali pertama pada peringkat kumpulan dan ditakdirkan bertemu kembali dengan sang garuda di final dan akhirnya Malaysia juara pada saingan tersebut. Ini menunjukkan bahawa Harimau Malaya sedang meniti era keemasan mereka sekarang seperti yang dialami oleh Harimau Malaya pada zaman 70an dan 80an semasa kita layak ke Olimpik. Tiada siapa lagi boleh mempersoalkan kemampuan Harimau Malaya ketika ini apabila mereka menumbangkan lawan mereka satu-persatu. Pemain-pemain Malaysia juga ada yang diburu oleh kelab luar dari sekitar Asean terutamanya dari Indonesia dan kita ada seorang yang mewakili kelab Pelita Jaya iaitu Safee Sali dan ramai lagi yang diburu oleh kelab dari seberang itu. Tetapi walaupun kita telah tewas dalam perebutan tempat di Sukan Olimpik baru-baru ini tapi peningkatan yang ditunjukkan adalah sesuatu yang membanggakan dan kita harus sedar kita masih belum layak untuk menandingi pasukan-pasukan gergasi dunia yang lain. Kita harus mencontohi pasukan seperti Jepun dan Korea Selatan, kedua-dua pasukan ini dahulunya adalah sama taraf dengan Malaysia tetapi kematangan pemain mereka dari segi mental membuatkan mereka terbang lebih tinggi ke peringkat dunia. Semoga pasukan Harimau Malaya lebih melakar kejayaan selepas ini dan seterusnya bersaing di peringkat antasabangsa.
Wednesday, 26 October 2011
Manchester United akhirnya tewas!!
Baru sahaja Manchester United membelasah Arsenal dengan jaringan 8-2 dan kali ini mereka pula dilanda badai amukan pasukan jiran setempat iaitu Manchester City dengan jaringan 6-1. ini merupakan kekalahan pertama yang memalukan buat Sir Alex Ferguson apatah lagi di laman sendiri iaitu Old Trafford. Pada perlawanan tersebut United di awal permainan tampak bermain lebih tersusun dan mengekang kemas setiap serangan City. namun selepas 30 minit perlawanan semuanya kelihatan berubah, percaturan pengendali Manchester City nampaknya menjadi, mereka menyerang pertahanan United dengan bertubi2 dan akhirnya menjaringkan gol oleh Balotelli.
Apa yang ketara pada pertembungan ini memperlihatkan betapa Sir Alex Ferguson membuat percaturan yang lemah dalam menurunkan senarai pemain. beliau seakan-akan yakin 100% yang pemain yang dipilihnya boleh mengalahkan senarai pemain City yang memang hebat. Bahagian tengah City yang diketuai oleh David Da Silva tampak begitu berkesan mengucar kacirkan pertahanan United. Manchester City memang layak memenangi perlawanan tersebut. Tahniah city.
Apa yang ketara pada pertembungan ini memperlihatkan betapa Sir Alex Ferguson membuat percaturan yang lemah dalam menurunkan senarai pemain. beliau seakan-akan yakin 100% yang pemain yang dipilihnya boleh mengalahkan senarai pemain City yang memang hebat. Bahagian tengah City yang diketuai oleh David Da Silva tampak begitu berkesan mengucar kacirkan pertahanan United. Manchester City memang layak memenangi perlawanan tersebut. Tahniah city.
Tuesday, 13 September 2011
Red Devils benam The Gunners 8-2
Pertemuan Manchester United dengan Arsenal memang dinanti-nantikan oleh semua peminat kedua-dua kelab tersebut dan pertemuan tersebut telah berlaku pada perlawanan yang lepas dimana Manchester United membenam@membelasah Arsenal dengan jaringan yang besar iaitu 8-2. Sesungguhnya peminat Arsenal amat kecewa apabila kelab kesayangan mereka itu tewas dengan jaringan yang begitu besar dan dari lawan tradisi mereka. Kekalahan Arsenal tersebut bolehlah dikatakan adalah salah pengurus mereka iaitu Arsene Wenger dan banyak peminat mula mengecam pengurus tersebut yang pada dulunya menyanjungi beliau.
Strategi dan falsafah yang digunakan oleh Arsene Wenger tidak lagi terpakai buktinya mereka tidak pernah memenangi sebarang piala sejak lima tahun yang lalu. Akibatnya Arsenal kehilangan pemain terbaik mereka seperti Gael Clichy, Cesc Farbregas dan Samir Nasri. Manchester United pula membuktikan yang mereka akan mempertahankan mahkota liga lagi pada musim ini dengan kemenagan bergaya tersebut. Pengurus mereka Sir Alex Ferguson bijak mengatur strategi dalam menurunkan pemain dan beliau juga membuktikan beliau tidak perlu berbelanja besar untuk mencipta kemenangan.
Pada pertemuan itu juga menampakkan kepincangan bahagian pertahanan Arsenal yang senang dirobek oleh jentera serangan Red Devils yang diketuai oleh Wayne Rooney dan Danny Welbeck. Kebanyakan pemain pertahanan Arsenal adalah pemain muda dan kurang pengalaman seperti Jekinson yang akhirnya dilayangkan kad merah kerana mengasari Javier Hernandez. Pemain sayap baru Manchester United pula iaitu Ashley Young begitu menyerlah pada perlawanan tersebut, beliau memainkan peranan penting dalam mengucarkacirkan benteng pertahanan Arsenal dan Young berhasil menjaringkan 2 gol untuk United pada perlawanan tersebut.
Saturday, 18 June 2011
Siapa pemain baru Manchester United?
Manchester United baru sahaja dinobatkan sebagai juara Liga Barclays bagi musim 10/11 dan ini merupakan kejuaraan yang ke-19 yang dimenangi oleh mereka. Ini adalah rekod baru yang dicipta oleh The Red Devils dimana telah memecahkan rekod Liverpool yang paling banyak memenangi Piala Liga. Sungguhpun begitu Manchester Utd tewas dalam perlawanan akhir Liga Juara Eropah kepada sekali lagi iaitu Barcelona. Sir Alex Ferguson begitu binggung menghadapi anak buah Pep Guardiola dalam perlawanan tersebut. Jentera serangan yang diketuai oleh Lionel Messi dan David Villa kerap mengucarkacirkan pertahanan United. Sistem permainan yang ditunjukkan oleh Barcelona sungguh menggagumkan dan boleh dikatakan mereka adalah pasukan yang paling mantap dan konsisten sekali di Eropah dan juga dunia.
Pada ketika ini Sir Alex Ferguson sudah pun menconggak pemain-pemain yang akan beraksi untuk United bagi musim depan. Banyak spekulasi tentang siapa yang ada dibawa masuk dan juga dibawa keluar. Pemain yang dijangka akan angkat kaki dari United ialah Dimitar Berbatov dan merupakan penjaring terbanyak musim lalu disamping Carlos Tevez. Walaupun menjadi penjaring terbanyak liga pada musim lalu, tetapi Berbatov jarang menjadi favourite Fergie dalam kesebelasan utama beliau dan lebih gemar menurunkan Chicharito untuk digandingkan dengan Rooney. Ada yang mengatakan Dimitar Berbatov akan pulang ke pangkuan Totentham Hotspurs namun Berba menegaskan beliau tidak akan kemana-mana dan akan berjuang untuk tempatnya di skuad United.
Satu lagi nama besar yang dijangka akan menyertai Manchester United untuk musim depan ialah Samir Nasri iaitu midfielder Arsenal. Nasri belum menetapkan yang beliau akan ke United tetapi akan melihat jika ada minat yang tinggi dari pasukan United dan mereka serius untuk mendapatkan khidmatnya. Jika Nasri berjaya diikat oleh United maka ini akan menyelesaikan kekosongan yang ditinggalkan oleh Paul Scholes yang telahpun menggumumkan persaraan beliau baru-baru ini. Corak permainan Samir Nasri ketika di Arsenal cukup mengagumkan dan beliau boleh menjaringkan gol dari sudut yang sukar.
Selain Nasri, nama-nama lain yang kini hangat diburu oleh Manchester United ialah Alexis Sanchez yang kini bermain untuk kelab Udinese di Italy. Beliau dikatakan Ronaldo baru kerana corak permainan yang hampir sama dengan bintang Real Madrid itu. Akan tetapi Sanchez juga menjadi perhatian Manchester City yang kini sibuk membida dan memujuk pemain tersebut. Wesley Sneider juga sedang diburu oleh United tetapi pemain antarabangsa Belanda tersebut belum memutuskan untuk meninggalkan Inter Milan walaupun pengurus kelab tersebut iaitu Leonanrdo telah dipecat.
![]() |
| Alexis Sanches |
![]() |
| Samir Nasri |
![]() |
| Wesley Sneidjer |
Subscribe to:
Posts (Atom)









