Saturday, 18 June 2011

Siapa pemain baru Manchester United?

Manchester United baru sahaja dinobatkan sebagai juara Liga Barclays bagi musim 10/11 dan ini merupakan kejuaraan yang ke-19 yang dimenangi oleh mereka. Ini adalah rekod baru yang dicipta oleh The Red Devils dimana telah memecahkan rekod Liverpool yang paling banyak memenangi Piala Liga. Sungguhpun begitu Manchester Utd tewas dalam perlawanan akhir Liga Juara Eropah kepada sekali lagi iaitu Barcelona. Sir Alex Ferguson begitu binggung menghadapi anak buah Pep Guardiola dalam perlawanan tersebut. Jentera serangan yang diketuai oleh Lionel Messi dan David Villa kerap mengucarkacirkan pertahanan United. Sistem permainan yang ditunjukkan oleh Barcelona sungguh menggagumkan dan boleh dikatakan mereka adalah pasukan yang paling mantap dan konsisten sekali di Eropah dan juga dunia.

Pada ketika ini Sir Alex Ferguson sudah pun menconggak pemain-pemain yang akan beraksi untuk United bagi musim depan. Banyak spekulasi tentang siapa yang ada dibawa masuk dan juga dibawa keluar. Pemain yang dijangka akan angkat kaki dari United ialah Dimitar Berbatov dan merupakan penjaring terbanyak musim lalu disamping Carlos Tevez. Walaupun menjadi penjaring terbanyak liga pada musim lalu, tetapi Berbatov jarang menjadi favourite Fergie dalam kesebelasan utama beliau dan lebih gemar menurunkan Chicharito untuk digandingkan dengan Rooney. Ada yang mengatakan Dimitar Berbatov akan pulang ke pangkuan Totentham Hotspurs namun Berba menegaskan beliau tidak akan kemana-mana dan akan berjuang untuk tempatnya di skuad United.

Satu lagi nama besar yang dijangka akan menyertai Manchester United untuk musim depan ialah Samir Nasri iaitu midfielder Arsenal. Nasri belum menetapkan yang beliau akan ke United tetapi akan melihat jika ada minat yang tinggi dari pasukan United dan mereka serius untuk mendapatkan khidmatnya. Jika Nasri berjaya diikat oleh United maka ini akan menyelesaikan kekosongan yang ditinggalkan oleh Paul Scholes yang telahpun menggumumkan persaraan beliau baru-baru ini. Corak permainan Samir Nasri ketika di Arsenal cukup mengagumkan dan beliau boleh menjaringkan gol dari sudut yang sukar.

Alexis Sanches

Samir Nasri

Wesley Sneidjer
Selain Nasri, nama-nama lain yang kini hangat diburu oleh Manchester United ialah Alexis Sanchez yang kini bermain untuk kelab Udinese di Italy. Beliau dikatakan Ronaldo baru kerana corak permainan yang hampir sama dengan bintang Real Madrid itu. Akan tetapi Sanchez juga menjadi perhatian Manchester City yang kini sibuk membida dan memujuk pemain tersebut. Wesley Sneider juga sedang diburu oleh United tetapi pemain antarabangsa Belanda tersebut belum memutuskan untuk meninggalkan Inter Milan walaupun pengurus kelab tersebut iaitu Leonanrdo telah dipecat.

No comments:

Post a Comment