Pertemuan Manchester United dengan Arsenal memang dinanti-nantikan oleh semua peminat kedua-dua kelab tersebut dan pertemuan tersebut telah berlaku pada perlawanan yang lepas dimana Manchester United membenam@membelasah Arsenal dengan jaringan yang besar iaitu 8-2. Sesungguhnya peminat Arsenal amat kecewa apabila kelab kesayangan mereka itu tewas dengan jaringan yang begitu besar dan dari lawan tradisi mereka. Kekalahan Arsenal tersebut bolehlah dikatakan adalah salah pengurus mereka iaitu Arsene Wenger dan banyak peminat mula mengecam pengurus tersebut yang pada dulunya menyanjungi beliau.
Strategi dan falsafah yang digunakan oleh Arsene Wenger tidak lagi terpakai buktinya mereka tidak pernah memenangi sebarang piala sejak lima tahun yang lalu. Akibatnya Arsenal kehilangan pemain terbaik mereka seperti Gael Clichy, Cesc Farbregas dan Samir Nasri. Manchester United pula membuktikan yang mereka akan mempertahankan mahkota liga lagi pada musim ini dengan kemenagan bergaya tersebut. Pengurus mereka Sir Alex Ferguson bijak mengatur strategi dalam menurunkan pemain dan beliau juga membuktikan beliau tidak perlu berbelanja besar untuk mencipta kemenangan.
Pada pertemuan itu juga menampakkan kepincangan bahagian pertahanan Arsenal yang senang dirobek oleh jentera serangan Red Devils yang diketuai oleh Wayne Rooney dan Danny Welbeck. Kebanyakan pemain pertahanan Arsenal adalah pemain muda dan kurang pengalaman seperti Jekinson yang akhirnya dilayangkan kad merah kerana mengasari Javier Hernandez. Pemain sayap baru Manchester United pula iaitu Ashley Young begitu menyerlah pada perlawanan tersebut, beliau memainkan peranan penting dalam mengucarkacirkan benteng pertahanan Arsenal dan Young berhasil menjaringkan 2 gol untuk United pada perlawanan tersebut.
