Pada 14 Febuari 2011 kita telah dikejutkan dengan pengumuman persaraan oleh seorang bintang bola sepak yang boleh dikira legendla oleh semua peminat bola di seluruh dunia iaitu Ronaldo Luiz Nazario De Lima ataupun dikenala sebagai "The Phenomenon". Semua orang tahu siapa dia Ronaldo walaupun ada seorang lagi bintang bola yang bernama Ronaldo juga tetapi Ronaldo Brazil atau Ronaldo Fat ini sangat dikenali terutama di zaman kegemilangannya. Jika di imbas kembali ketika dia masih aktif dalam bola fuh!! memang sangat lincah orangnya...dan setiap pertahanan lawan memang sukar untuk mengekang pergerakannya.
Ronaldo Brazil ni sudah tiga kali memenangi anugerah pemain bola sepak terbaik dunia dan ini boleh sudah membuatkan beliau dianggap sebagai legenda bola sepak brazil. Sumbangannya dalam kempen piala dunia Brazil juga sangat cemerlang dimana beliau telah memenangi piala dunia bersama pasukan Brazil 3 kali dan menjadi penjaring terbanyak dalam pertandingan tersebut dengan sebanyak 15 gol.
Sepanjang kariernya Ronaldo telah mewakili banyak kelab yang mashyur termasuklah Barcelona FC, Real Madrid FC, Inter Milan, AC Milan dan Corinthians. Saya harap dia mewakili Manchester United tapi malangnya Sir Alex Ferguson tidak pulak minat sama dia, tapi tidak apa cukup Cristiano Ronaldo sudah yang mewakili The Red Devils. Good Luck Ronaldo...

No comments:
Post a Comment